"Pitt.. damailah di sana, kami akan merindui kamu"

Astro Awani
Oktober 27, 2019 19:51 MYT
Pemergian Pitt Hanif disifatkan kehilangan sebutir bintang di persada seni.
HARI ini, seluruh penggiat industri perfileman tanah air berduka dengan pemergian sutradara Mohd Firdaus Mohamad Hanif ke rahmatullah akibat lemas ketika memancing.
Pemergian Mohd Firdaus atau lebih mesra disapa sebagai Pitt Hanif disifatkan kehilangan sebutir bintang yang amat berharga.
Allahyarham Pitt bukan hanya dikenali kerana mewarisi darah seni ibu tercinta seniwati Fauziah Nawi.
Sebaliknya, apa yang membuatkan lelaki berusia 43 tahun itu disenangi penggiat perfileman ialah kerana keperibadian Allahyarham yang sangat menawan.
Rata-rata ucapan takziah yang dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni menterjemahkan kesedihan yang sukar diterjemahkan.
Pitt disifatkan mereka seorang karyawan berjiwa besar serta meletakkan sepenuhnya kecintaan dan kasih sayang pada kerja-kerja seni.
Astro AWANI rangkumkan beberapa petikan nota takziah yang dikongsi selebriti tanah air terhadap sahabat mereka, Allahyarham Pitt Hanif.

Aku envy dengan kau @pitthanif. Envy sebab semua yang berkawan atau yang pernah bekerja dengan kau tak kira bangsa & agama, semua sayang kau. Kau istimewa Pitt..sungguh. Tapi apalah makna sayang kami nak dibanding dengan sayangnya Allah pada kau..masyaAllah Pitt pic.twitter.com/4AxCHCZtED

— Beto Carotene (@Beto_Kusyairy) October 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selamat pulang ke Pencipta brother. Berehatlah dengan tenang. Al - Fatihah buat Pitt Hanif.

— Zahiril Adzim (@ZahirilAdzim) October 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Innalillah wainna ilaihirojiun. Al Fatihah buat Allahyarham Pitt Hanif. Semoga menempatkan arwah dalam kalangan yang terpuji. Al Fatihah . Ya Allah berikanlah kekuatan buat Ibu @fauziahnawi, isteri @ifarahahmad & seluruh keluarga Almarhum. Al-fatihah. pic.twitter.com/d2BEYe7Ytf

— NORA DANISH (@noradanish_) October 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dari sudut kaca mata @pitthanif , gambar ini diambil ketika saya sedang bersantai dilokasi #filemcoastguard arahannya. Hari ini Pitt sudah pergi mendahului kita. Mendoakan rohnya dihimpun bersama mereka yang dikasihi Allah SWT. Salam takziah untk kak @fauziahnawi sekeluarga. pic.twitter.com/JM2dmfJ36o

— Aziz M.Osman (@AzizMOsman) October 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selamat berehat di negeri abadi Pitt. Kamu pasti akan dirindui keluarga dan rakan-rakanmu.
Al-Fatihah
BACA: Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR
#anak Fauziah Nawi #lemas #meninggal dunia #Pitt Hanif
;