Pintu tren LRT terbuka: Rapid KL mohon maaf

Khairunnisa Kasnoon
Julai 27, 2021 17:43 MYT
Ketika kejadian, hanya tujuh penumpang berada di dalam tren dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat.
KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL memohon maaf kepada orang ramai susulan insiden sebuah pintu tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbuka ketika tren itu sedang beroperasi pada Isnin.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Rapid KL berkata pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenal pasti secepat mungkin.
“Pusat Kawalan Operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada dua minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera,” menurut kenyataan itu.
Pintu Tren Terbuka | Rapid KL mohon maaf
Dalam kejadian sekitar 3.01 petang itu, hanya tujuh penumpang berada di dalam tren dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Rapid KL juga akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa akan datang.

and suddenly i feel like Im in divergent @MyRapidKL what is this behaviour pic.twitter.com/PpyjAiXLQn

— (@perksofbeingsxf) July 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kuala Lumpur #LRT #Malaysia #prasarana #pintu LRT Terbuka #pintu terbuka
;