Pindaan Akta MKN: PM tidak boleh punya kuasa tak terhad - Dr Mahathir
Bernama
April 9, 2019 04:15 MYT
April 9, 2019 04:15 MYT
Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang dibentang di Dewan Rakyat pada Selasa bertujuan menyekat perdana menteri dari menggunakan kuasanya mengisytiharkan kawasan tertentu sebagai 'kawasan keselamatan', kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dan jika seseorang ditangkap (dalam kawasan keselamatan) mati, tidak akan ada siasatan. Jadi ini beri perdana menteri kuasa tentang hidup mati seseorang.
"Ini dahsyat, perdana menteri tidak harus punya kuasa itu. Kuasa itu harus ada pada Agong. Sekurang-kurang ada sekatan," perdana menteri memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen pada Selasa.
Pindaan itu bertujuan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai 'kawasan keselamatan'.
Kuasa itu mengikut Akta MKN sebelum ini diperuntukkan kepada Perdana Menteri.
-- BERNAMA
#akta majlis keselamatan negara
#akta mkn
#Dewan Rakyat
#hidup mati
#kawasan keselamatan
#KUASA
#Mahathir Mohamad
#MKN
#Parlimen
#Perdana Menteri
#siasatan
#Yang di-Pertuan Agong