Pemegang kad debit tanpa sentuhan perlu memasukkan nombor pengenalan peribadi enam angka (PIN) untuk urus niaga melebihi RM250 mulai 1 Julai, 2017, kata CIMB Bank Bhd (CIMB).
Dalam satu kenyataan hari ini, CIMB berkata pada masa ini, setiap transaksi tanpa sentuhan terhad kepada RM250, dan tandatangan atau PIN diperlukan untuk transaksi melebihi jumlah itu.
"Juga ada kawalan mengelak penipuan dalam sistem kami, yang akan mengesan dan menangani transaksi yang tidak dibenarkan berdasarkan logik tertentu yang ditetapkan oleh bank," katanya.
CIMB Bank berkata demikian sebagai respon kepada laporan media sosial bahawa data dalam kad tanpa sentuhan boleh 'dicuri'.
Bank itu berkata setiap transaksi tanpa sentuhan mengandungi kod unik yang bertukar bagi setiap pembelian, dan hanya boleh digunakan sekali sahaja, dan hanya boleh dijana oleh cip dalam kad tanpa sentuhan yang asal.
"Ini menghalang kad palsu daripada dikeluarkan dan digunakan hasil daripada pintasan butiran keselamatan kad," katanya.
CIMB berkata setiap transaksi hanya boleh dibuat apabila kad debit tanpa sentuhan diimbas dalam jarak 4sm atau diletakkan pada pembaca kad tanpa sentuhan, katanya.
Menurut CIMB terminal tanpa sentuhan hanya boleh memproses satu transaksi pada sesuatu masa dan pedagang juga mesti terlebih dahulu memasukkan jumlah transaksi untuk diluluskan oleh pemegang kad.
"Oleh itu, pelanggan hanya akan dibilkan sekali bagi transaksi itu," katanya dan menolak kemungkinan berlaku dua pembayaran apabila kad itu diimbas dua kali pada pembaca kad.
Bagi mereka yang mempunyai dua kad tanpa sentuhan dalam dompet, dan dompet itu diimbas pada pembaca tanpa sentuhan, CIMB berkata, tiada urus niaga akan berjaya apabila pembaca kad mengesan lebih daripada satu kad.
"Anda perlu melakukan transaksi sekali lagi dengan kad yang berkaitan," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 20 2017
![PIN 6-digit diperlukan untuk transaksi tanpa sentuhan melebihi RM250 mulai 1 Julai, 2017 PIN 6-digit diperlukan untuk transaksi tanpa sentuhan melebihi RM250 mulai 1 Julai, 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/71484894798_KadATM.jpg)
CIMB berkata setiap transaksi hanya boleh dibuat apabila kad debit tanpa sentuhan diimbas dalam jarak 4sm atau diletakkan pada pembaca kad tanpa sentuhan, katanya.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590762273_TBGCEOCIMBx.jpg)
CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Abdul Rahman Ahmad menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan.