Pimpinan pelapis dijangka akan warnai pemilihan Umno
Astro Awani
September 20, 2013 13:56 MYT
September 20, 2013 13:56 MYT
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada Khamis menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan Umno pada 19 Oktober depan.
Mukhriz dalam ucapannya antara lain menegaskan Umno perlu melakukan perubahan dengan membariskan lebih ramai pemimpin muda bagi menyaingi barisan kepimpinan dalam parti pembangkang.
Bagi penganalisis politik dari Universiti teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin menyifatkan setiap organisasi atau parti politik perlu mempunyai kepimpinan yang status quo dan juga kepimpinan pelapis dan dijangka pemilihan Umno kali ini akan berlakunya gabungan kedua-duanya sekali.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.