Polis merampas dadah dipercayai pil kuda atau wy bernilai RM24,000 dalam sebuah kereta bersama lima lelaki di Jalan Bagan Luar, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sepasukan polis yang sedang menjalankan ronda cegah jenayah di kawasan itu telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta dinaiki lima lelaki berumur 19 hingga 32 tahun kerana berada dalam keadaan mencurigakan.
"Dalam pemeriksaan pada 4.30 pagi itu, polis menemukan lapan peket plastik warna biru berisi 1,600 biji pil disyaki pil kuda dan berdasarkan siasatan dipercayai mereka berada di situ untuk menghantar bekalan dadah tersebut kepada pembeli," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan mereka mendapatkan bekalan daripada sindiket pengedaran dadah sebelum menjual semula kepada pelanggan di sekitar daerah SPU dan Seberang Perai Tengah (SPT).
Katanya lima lelaki yang positif dadah itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas dan mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit.
Noorzainy berkata lima lelaki yang masing-masing bekerja sendiri serta tidak bekerja itu kini direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan tiga lelaki berumur 23 hingga 33 tahun di Kampung Tasek Junjong, Machang Bubok di Bukit Mertajam kerana terlibat dalam kegiatan menjual air ketum di sekitar daerah itu.
Katanya bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Tasek Junjong, kira-kira 6 petang semalam dan menahan tiga lelaki itu.
"Polis menemukan lima bungkusan air ketum bernilai RM30 dalam bakul motosikal seorang daripada lelaki itu, yang dipercayai mendapatkan bekalan air ketum itu daripada rakannya di situ dan mahu menghantar kepada pembeli.
"Mereka menjadikan rumah itu sebagai lokasi memasak air ketum sebelum membungkus dan menjual kepada pembeli dengan harga RM6, semasa serbuan tersebut sebahagian besar air ketum itu telah dijual kepada pembeli," katanya.
Beliau berkata tiga lelaki yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut dan mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak tiga bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 20 2018
Noorzainy berkata tiga lelaki yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut dan mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak tiga bulan lepas. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (13 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu 14 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
WHO beri kelulusan kepada vaksin mpox Bavarian Nordic
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi lampu hijau kepada vaksin mpox Bavarian Nordic, suntikan pertama diluluskan agensi itu untuk membendung penyebaran penyakit itu di negara Afrika yang terjejas teruk.
Sven Goran Eriksson akan dikebumikan di Torsby
Upacara pengebumian Sven Goran Rriksson diadakan pada Jumaat 13 September di sebuah bandar kecil di Sweden. Eriksson yang merupakan bekas pengurus pasukan bola sepak kebangsaan England akan dikebumikan di Torsby, lokasi dia dibesarkan sebelum memulakan kerjanya dalam arena bola sepak.
Yahya Sinwar zahir ucapan terima kasih kepada Hizbullah
Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah atas sokongan mereka dalam konflik dengan Israel.
Amerika Syarikat perlu beri tekanan kepada Israel
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Gutteres menggesa Amerika Syarikat memberikan tekanan yang kuat kepada Israel bagi menghentikan kon
Golongan muda lebih peka, mahu teroka pasaran baharu
Mereka yang hadir majoritinya adalah golongan muda dan menariknya, mereka ingin mencuba pasaran baharu yang masih belum ada di Malaysia seperti digital dan peralihan tenaga.
Taufan Yagi: Ramai dikhuatiri terkorban di Myanmar
Skala sebenar kemusnahan disebabkan Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, dan Thailand masih belum dapat dipastikan sepenuhnya. Setakat ini, angka rasmi melaporkan sekurang-kurangnya 19 orang maut akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Myanm
Taufan Yagi: Angka kematian dan orang hilang di Vietnam cecah 336 orang
Di Vietnam, angka kematian dan jumlah orang hilang akibat Taufan Yagi, banjir dan tanah runtuh meningkat kepada 336 setakat pukul 7 pagi Jumaat. Menurut laporan Agensi Berita Vietnam (VNA), jumlah itu merangkumi 233 kematian dan 103 orang hilang.
Cristiano Ronaldo cipta sejarah, himpun 1 bilion pengikut di media sosial
Ikon bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo telah mencipta kejayaan bersejarah, menjadi individu pertama yang mengumpul satu bilion pengikut di media sosial, lapor Anadolu Agency (AA).
Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.
Empat anggota polis ditahan peras ugut peniaga air ketum
Empat anggota polis ditahan pada Jumaat lepas, kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak sejak November 2023.
Polis tahan 11 lelaki terlibat judi laga ayam
Polis menahan 11 lelaki berusia lingkungan 21 hingga 57 tahun dan merampas 13 ekor ayam yang digunakan dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.
Air ketum: 6 anggota polis IPD Jerantut ditahan disyaki minta rasuah
Enam anggota polis termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000.
Sarjan polis direman tujuh hari minta rasuah RM7,000
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah.
13 leka masak air ketum antara 58 individu ditahan di Kota Tinggi
Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 13 orang yang sedang leka memasak air ketum dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Felda di Kota Tinggi.
Polis tahan enam lelaki proses, jual air ketum
Kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
'Panas baran, badan susut nampak tulang' - Isteri derita suami ketagih air ketum
Suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Lelaki ditahan bersama 676 bungkus air ketum
Pemeriksaan dalam kenderaan menemui masing-masing 13 bungkusan besar plastik warna hijau dan hitam mengandungi air ketum.