Pihak hotel boleh ambil tindakan ke atas 'kluster kayangan' lakukan kerosakan

Rahimah Abdullah
Mei 9, 2020 16:31 MYT
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada sesiapa yang akan terlepas dari tindakan jika melanggar peraturan ditetapkan.
Pihak hotel boleh mengambil tindakan ke atas golongan 'kluster kayangan' yang melakukan kerosakan semasa dikuarantin susulan COVID-19 di premis berkenaan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada sesiapa yang akan terlepas dari tindakan jika melanggar peraturan ditetapkan.
"Timbul lagi isu dari kluster kayangan. Siapa pun, mereka tertakluk kepada peraturan dan undang-undang di hotel sekalipun. Kalau mereka melanggar peraturan hotel dan undang-undang, terserah kepada pihak hotel untuk mengambil tindakan kepada mereka.
"Saya dengar ada yang merosakkan barangan dalam bilik hotel, ada yang merosakkan cadar, dan sebagainya. Hotel mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap mereka," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
BACA: JPBN Sarawak tunggu laporan penuh - Uggah
#coronavirus #COVID-19 #hotel #ismail sabri yaakob #keselamatan #koronavirus #Media #menteri #undang-undang
;