Pihak berkuasa Singapura tahan rakyat Malaysia, rampas 4.7 kg dadah

Bernama
Ogos 8, 2023 10:32 MYT
Seorang lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Lebih 4.7 kilogram (kg) heroin dirampas baru-baru ini daripada sebuah kereta didaftarkan di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands Singapura, Xinhua memetik kenyataan bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Selasa.
Pegawai dari ICA dan CNB menemui sepuluh bungkusan heroin di dalam kereta itu dianggarkan bernilai lebih S$331,400 dolar (US$24,6260) pada 5 Ogos, menurut kenyataan itu.
Seorang lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun yang menaiki kereta itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah, tambah kenyataan itu.
ICA berikrar akan terus berusaha untuk bekerjasama dengan CNB bagi mencegah penyeludupan dadah merentasi sempadan Singapura,menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#rakyat Malaysia #Singapura #Dadah #ditahan