Pihak berkuasa dua masjid suci seru patuh panduan penggunaan air Zamzam

Bernama
Mac 7, 2025 14:45 MYT
Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menekankan kepentingan membuang cawan plastik dengan betul di kawasan yang ditetapkan dan menasihatkan agar tidak membuka bekas air Zamzam. - Foto Facebook Haramain
MEKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyeru pengunjung untuk mengikuti panduan ketika menggunakan kemudahan yang disediakan untuk minum air Zamzam, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Kemudahan wuduk yang lengkap dan 20,000 bekas air Zamzam telah disediakan sepanjang Ramadan bagi memenuhi keperluan para jemaah.
Pihak berkuasa menekankan kepentingan membuang cawan plastik dengan betul di kawasan yang ditetapkan dan menasihatkan agar tidak membuka bekas air Zamzam.
Pihak berkuasa juga menekankan kepentingan menggunakan kawasan wuduk yang ditetapkan dan mengkhususkan air Zamzam hanya untuk diminum, mengukuhkan komitmen bersama untuk mengekalkan kebersihan Masjidil Haram dan memastikan persekitaran ibadah yang selesa.
-- BERNAMA
#air zamzam #Ramadan #Masjidil Haram #Masjid Nabawi
;