KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan kadar vaksinasi kedua terendah di Malaysia bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sejak ia mula dilaksanakan pada Februari lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata hanya 12.2 peratus (21,822 orang) kanak-kanak telah menerima suntikan dos pertama setakat semalam.
"Saya nak beri ingatan dan seruan seikhlas mungkin dari lubuk hati saya untuk ibu bapa yang belum beri kebenaran kepada anak-anak, sila benarkan sebab peratusan vaksinasi di Terengganu ini adalah kedua terendah di Malaysia.
"Jadi, tolonglah (beri kebenaran vaksinasi) kerana ini adalah usaha sebagai ibu bapa untuk perlindungan kepada anak-anak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Tahun Semarak Dakwah Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), lima negeri mencatatkan peratusan terendah bagi PICKids iaitu Kelantan (9.8 peratus), Terengganu (12.2 peratus), Sabah (23.3 peratus), Kedah (23.5 peratus) dan Perlis (25.3 peratus).
Ditanya apakah alasan diberikan ibu bapa yang masih enggan membenarkan vaksinasi untuk anak mereka, beliau berkata tiada kajian menyeluruh dilakukan setakat ini.
"Tapi berdasarkan maklum balas yang diterima, antaranya ibu bapa bimbang kesan sampingan daripada vaksin ini berlaku terhadap anak mereka dan ada yang mengambil sikap tunggu dan lihat.
"Ibu bapa tidak patut bimbang kerana vaksin COVID-19 sama sahaja dengan vaksinasi lain seperti BCG (Bacillus Calmette-Gurrain) dan sebagainya, ini bukan perkara baru sudah lama ia dilaksanakan...kenapa kali ini penerimaannya berbeza," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata 178,700 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di Terengganu layak menerima vaksin itu, namun hanya 21,822 sahaja yang sudah menerima suntikan dos pertama.
"Selain itu, terdapat 309,842 penerima vaksin Sinovac di Terengganu, namun hanya 172,581 orang telah mendapatkan suntikan dos penggalak setakat semalam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
![PICKids: Terengganu kedua terendah di Malaysia PICKids: Terengganu kedua terendah di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648634670_DrAhmadSamsuriMok.jpg)
Ahmad Samsuri berkata hanya 12.2 peratus (21,822 orang) kanak-kanak telah menerima suntikan dos pertama setakat semalam. - Gambar/ Bernama
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
![397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids 397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649216868_PICKids.jpg)
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
![PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655632019_NoorAzmiGhazali.jpg)
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
![KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655369030_TBPICKIDS.jpg)
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
![Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
![Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653643611_PICKids.jpg)
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
![Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
![PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644843284_TBROSEVAKSIN.jpg)
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
![Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653643611_PICKids.jpg)
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
![Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
![Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651054777_Suntikankanakkana.jpg)
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.