KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengawal kos pemberian vaksin oleh fasiliti kesihatan swasta susulan penamatan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kos terbabit termasuk caj konsultasi dan harga vaksin bergantung sepenuhnya kepada pihak yang menawarkan servis itu.
"Harga vaksin akan ikut harga siling, perkara ini bergantung kepada pihak swasta sebab mereka terpaksa membeli vaksin dan mereka akan buat charging mengenai konsultasi, consumables dan sebagainya, itu bergantung kepada setiap fasiliti dan harga akan berbeza-beza," katanya selepas merasmikan Majlis Hari Bebas Tembakau di sini hari ini.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berhasrat melanjutkan PICKids kerana telah memberi masa yang cukup kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksinasi secara percuma.
Katanya selepas ini, jika ibu bapa mahu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk anak masing-masing, mereka perlu ke klinik swasta dengan bayaran tertentu.
Beliau turut memaklumkan KKM sedang memfokus kepada usaha menyelesaikan pemberian vaksin untuk kanak-kanak yang berusia lima tahun esok.
"Kanak-Kanak yang belum mencapai usia lima tahun akan terus diberi peluang untuk mendaftar dan buat janji temu di pautan yang diberikan hingga 31 Jan 2023.
"Untuk anak-anak yang telah didaftarkan untuk PICKids tetapi dijangkiti COVID-19, mereka diminta untuk tangguh dulu sehingga mereka sembuh sekurang-kurangnya enam minggu, selepas itu untuk mendapatkan vaksin, mereka boleh pergi kepada klinik kesihatan untuk mendapatkan janji temu untuk vaksin, masa terakhir ialah pada 31 Ogos," katanya.
Dr Noor Azmi turut menyeru Ahli Parlimen agar menyokong Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentang Julai ini untuk diluluskan.
"Kita berhasrat sangat untuk membawa rang undang-undang ini yang Menteri Kesihatan akan bentangkan di Parlimen pada bulan Julai... kita tunggu lama dah dan kita dapat lihat banyak usaha yang dilakukan tetapi pergerakan peratus prevalen merokok sangat lembab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Selepas ini, jika ibu bapa mahu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk anak masing-masing, mereka perlu ke klinik swasta dengan bayaran tertentu. - Gambar fail/Bernama
Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.
Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.
Peralihan kerajaan: Badan Parlimen Indonesia lulus perbelanjaan lebih tinggi
Jawatankuasa Bajet Parlimen Indonesia meluluskan peningkatan perbelanjaan untuk kerajaan bakal Presiden Prabowo Subianto, yang akan mula memegang jawatan bulan depan.
Banjir Eropah Tengah: 22 maut, penduduk diarah berpindah
Seramai 22 orang terbunuh selepas banjir besar melanda bandar bersejarah Wroclaw di Poland, pada Selasa.
Seorang maut akibat gigitan ular setiap 4-6 minit di seluruh dunia
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.
Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh
Setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
Letupan Lubnan: A.S sedang kumpul maklumat - Jurucakap
Amerika Syarikat sedang mengumpul maklumat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera apabila peranti kelui atau pager yang digunakan oleh Pejuang Hizbullah meletup secara serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.
Alat komunikasi meletup: Hizbullah ikrar tindak balas terhadap Israel
Kumpulan Hizbullah berjanji untuk bertindak balas terhadap Israel selepas menuduh rejim Zionis itu meletupkan alat kelui di seluruh Lubnan pada Selasa.
Kekejaman Zionis: Harris gesa tamatkan perang di Gaza
Calon Presiden Demokrat Amerika Syarikat, Kamala Harris menyeru untuk menamatkan perang Israel-Gaza, pada Selasa.
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.