NIBONG TEBAL: Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) merekodkan satu kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang serius membabitkan kanak-kanak yang menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) .
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kes berkenaan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan dari Kedah berusia 10 tahun.
Menurutnya, kanak-kanak itu mempunyai sejarah penyakit asma dan mendapat kesan teruk selepas divaksin dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB) Alor Setar namun dilaporkan sudah sembuh.
Katanya, sehingga kini seramai 564,220 kanak-kanak telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi PICKids sejak dilancarkan pada 3 Februari lepas.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 57 kes dilaporkan di seluruh negara namun hanya melibatkan kesan ringan dan tidak serius.
Antara kesan yang dirasai ialah demam, sakit otot, lenguh di tempat suntikan namun tidak serius dan sering berlaku.
Jelas Nor Azmi lagi, pihak KKM sentiasa melakukan pemantauan dan menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak membenarkan anak- anak mereka melakukan aktiviti lasak selepas menerima suntikan vaksin.
Nor Azmi berkata, sejumlah 278,000 kanak-kanak dijangkiti COVID-19 dengan 63 kematian direkodkan sejak Julai hingga Disember tahun lepas.
Justeru, demi keselamatan, beliau berharap ibu bapa akan segera mendaftarkan anak -anak mereka untuk menerima vaksin COVID-19.
Jelasnya, pelbagai langkah telah diambil termasuk mengadakan program penerangan kepada ibu bapa susulan kebimbangan mereka berhubung suntikan vaksin kanak-kanak.
Antara usaha diambil KKM, kata Dr Noor Azmi ialah, menjemput pakar kesihatan kanak-kanak untuk memberi penerangan seperti di stesen-stesen televisyen dan media sosial selain di peringkat negeri.
Tidak ketinggalan, program libat urus dengan penglibatan Jabatan-Jabatan Agama Islam, Tadika Kemas untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada golongan ibu bapa bagi agar mendapat kefahaman yang jelas.
“Sehubungan itu, kita harap ibu bapa akan memberi kebenaran (kepada anak-anak) untuk mengambil suntikan vaksin,” kata Dr Noor Azmi lagi dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah di sini, pada Selasa.
Menurutnya setakat ini Sarawak merekodkan jumlah tertinggi kanak-kanak menerima suntikan itu dengan diikuti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang manakala tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Sabah merekodkan peratusan terendah iaitu di bawah 10 peratus.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Feb 22 2022
Kanak-kanak yang terkena kesan advers susulan imunisasi itu mempunyai sejarah penyakit asma dan mendapat kesan teruk selepas divaksin serta menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.