PICK: Jumlah pemberian vaksin COVID-19 cecah 23 juta dos

Bernama
Ogos 6, 2021 02:43 MYT
46.4 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 24.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 23,161,255 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,162,424 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,998,831 orang menerima dos kedua.
"Mengikut peratusan, 46.4 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 24.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka," katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 514,674 dos diberikan semalam dengan 220,839 adalah pemberian dos pertama manakala 293,835 lagi adalah dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 5 Ogos 2021 ialah 23,161,255 dos. 514,674 dos pada 5 Ogos. Dos 1 : 220,839 Dos 2 : 293,835 Jumlah yg terima dos pertama ialah 15,162,424 orang. Daripada jumlah itu, 7,998,831 orang telah terima dos kedua.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/o23yeItdjD

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) August 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#dos kedua #COVID-19 #dos pertama #PICK #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #vaksin #suntikan #Adham Baba