PICK: 97 peratus populasi dewasa lengkap vaksin
Astro Awani
Disember 2, 2021 09:00 MYT
Disember 2, 2021 09:00 MYT
KUALA LUMPUR: Seramai 25,411,143 individu atau 77.8 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Isnin.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.2 peratus atau 25,858,982 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Manakala seramai 22,698,593 individu atau 97 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Sementara itu, 98.4 peratus atau 23,034,278 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,712,550 individu atau 86.2 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 142,607 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53,671,277 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.