PICK: 9.609 juta individu selesai terima dos penggalak

Astro Awani
Januari 17, 2022 07:25 MYT
Berdasarkan data portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 41 peratus individu dewasa sudah menerima dos penggalak. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 9.609 juta individu atau 29.4 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Pada Isnin, terdapat pertambahan 237,703 individu melengkapkan suntikan ketiga vaksin tersebut.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 41 peratus individu dewasa sudah menerima dos penggalak.
Manakala seramai 25.68 juta populasi keseluruhan atau 78.6 peratus yang lengkap divaksinasi.
Bagi populasi dewasa, seramai 22.9 juta individu atau 97.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.77 juta individu atau 88.2 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 242,705 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 61.13 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#COVID-19 #vaksin #dos penggalak #PICK
;