PICK: 76 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin

Astro Awani
November 14, 2021 22:04 MYT
Seramai 22,297,446 individu atau 95.2 peratus daripada populasi dewasa pula telah menerima dua dos suntikan vaksin.
KUALA LUMPUR: Seramai 24,809,677 individu atau 76 peratus daripada populasi keseluruhan negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.4 peratus atau 25,600,780 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Seramai 22,297,446 individu atau 95.2 peratus daripada populasi dewasa pula telah menerima dua dos suntikan vaksin.
Sejumlah 22,865,060 atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,512,231 individu atau 79.8 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,735,720 individu atau 86.9 peratus mendapat satu dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
PICK | 76 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin
Terdapat pertambahan 43,731 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,196,152 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#COVID-19 #vaksin lengkap #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #suntikan vaksin