PICK: 76.5 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin

Astro Awani
November 22, 2021 08:58 MYT
Seramai 2.5 juta populasi remaja telah lengkap divaksin setakat ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 24,980,505 individu atau 76.5 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Ahad.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.6 peratus atau 25,670,034 individu daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Manakala seramai 22,390,580 juta individu atau 95.6 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Sementara 97.8 peratus atau 22,914,289 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,755,745 individu atau 87.6 peratus mendapat satu dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 36,028 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,938,646 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #vaksin lengkap #PICK Remaja #populasi dewasa
;