PIBGN: Tambang bas sekolah tidak patut dinaikkan tanpa kelulusan SPAD
Astro Awani
Januari 2, 2014 12:10 MYT
Januari 2, 2014 12:10 MYT
Tambang bas sekolah tidak sepatutnya dinaikkan tanpa kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata kenaikkan tambang bas ini akan membebankan ibu-bapa yang sudah mempunyai pelbagai tanggungan.
"Kita difahamkan tambang bas akan dinaikkan sebanyak 40 peratus. Ini tidak rasional langsung dan patut difikirkan semasak-masaknya," kata Mohamad Ali.