PIBGN cadangkan PBS dan peperiksaan serentak untuk semua peringkat
Teoh El Sen
Februari 24, 2014 15:57 MYT
Februari 24, 2014 15:57 MYT
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sepatutnya dilaksanakan serentak dengan peperiksaan nasional di semua peringkat sekolah.
Ia dicadangkan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) apabila mengulas mengenai tindakan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan PBS sementara ia dikaji semula.
“Saya mencadangkan ....60% PBS dan 40% peperiksaan yang menyeluruh yang melibatkan seluruh Malaysia,” Presiden PIBGN Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata kepada Astro AWANI.
“PBS menggalakan pelajar untuk bukan sahaja bertumpu kepada peperiksaan tetapi menggalakkan pembelajaran yang berterusan sepanjang tahun,” kata Mohamad Ali yang pernah melaksanakan sistem yang sama di universitinya.
Tambahnya, ia pada masa yang sama memberikan satu penilaian yang diselaraskan di seluruh negara.
Ujar Mohamad Ali lagi , dengan adanya peperiksaan di samping sistem PBS, ia akan mengelakan sekolah yang member penilaian terlalu tinggi kepada pelajarnya tanpa penyelarasan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa ia akan meneliti dan mengkaji semula pelaksanaan PBS, dan guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat dalam masa terdekat.