Piala Malaysia: Operasi LRT dilanjut hingga 1 pagi Ahad
Astro Awani
November 25, 2022 19:21 MYT
November 25, 2022 19:21 MYT
KUALA LUMPUR: Sebagai menyokong keperluan pengguna sempena perlawanan akhir Piala Malaysia esok, Rapid KL melanjutkan operasi perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil.
Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi perkhidmatan itu akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi Ahad.
Dalam pada itu, operasi stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.
Rapid KL turut mengingatkan pengguna supaya menggunakan kad TnG untuk kelancaran perjalanan.
Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi menjadi pilihan venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 yang dijadual berlangsung 26 Nov ini.
Pertembungan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) diramal sengit apabila kali terakhir JDT memenangi Piala Malaysia adalah pada 2019, manakala Selangor yang merupakan juara 33 kali pula mengungguli pada 2015.