Piala AFF: PM bangga dengan kemenangan Harimau Malaya
Bernama
November 29, 2012 08:05 MYT
November 29, 2012 08:05 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan kemenangan Malaysia dalam perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini Rabu malam.
Perdana Menteri dalam tweetnya sejurus perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia menewaskan Laos 4-1, memuji semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara.
"Bangga dengan kemenangan 'Harimau Malaya' hari ini.
"Para pemain negara telah tunjukkan semangat juang yang cukup tinggi demi Malaysia," katanya.