Piala AFF 2022: Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 malam

Faida Rahim
Disember 31, 2022 15:52 MYT
Lanjutan itu dilakukan untuk memudahkan orang ramai menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF antara pasukan Malaysia dan Singapura. - RapidKL
KUALA LUMPUR: Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.
Lanjutan itu dilakukan untuk memudahkan orang ramai untuk menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF antara pasukan Malaysia dan Singapura.
Rapid KL dalam kenyataan berkata, bagaimanapun stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun
penumpang boleh meneruskan perjalanan ke laluan lain dan keluar di stesen masing-masing.
“Penumpang disaran menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan pastikan baki mencukupi untuk kelancaran perjalanan termasuk diwajibkan memakai pelitup muka,” katanya.
#LRT #Bukit Jalil #Piala AFF 2022 #Singapura
;