PH Perak umum cuti 10, 11 Mei jika menang

Shafiq Noordin
April 11, 2018 20:07 MYT
Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizul Azumu berkata, ia sebagai menghargai pengorbanan pengundi-pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka khususnya anak perantauan. - Foto Sinar Harian Perak
Pakatan Harapan (PH) Perak akan mengisytiiharkan 10 dan 11 Mei depan sebagai cuti umum di negeri ini sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Pengerusi PH Perak, Ahmad Faizul Azumu berkata, ia sebagai menghargai pengorbanan pengundi-pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka khususnya anak perantauan.
“PH Perak menyeru semua rakyat negeri ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dan keluar mengundi pada PRU14, 9 Mei 2018.
“Kepada anak perantauan, kami alu-alukan pengorbanan mereka yang perlu menumpuh perjalanan jauh bagi menunaikan tanggungjawab yang amat besar ini,” katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Difahamkan keputusan itu dicapai pihaknya hari ini lantaran tidak mengumumkannya pada Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan Perak semalam.
#Aku Janji #cuti pilihan raya #kerajaan #MalaysiaMemilih #Manifesto #Pakatan Harapan #pilihan raya #pilihan raya umum #tawaran Pakatan Harapan
;