Petugas positif COVID-19, PPV IDCC Shah Alam ditutup pada Selasa
Faris Danial Razi
Julai 12, 2021 00:56 MYT
Julai 12, 2021 00:56 MYT
KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam akan ditutup pada Selasa (13 Julai) selama sehari susulan terdapat kes positif COVID-19 dikesan membabitkan petugas di pusat berkenaan.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan di Twitter awal pagi Selasa, penutupan itu bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.
“Langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi (Isnin) bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan,”ujar CITF.
CITF pada masa menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan jika bergejala.
Susulan itu, janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan diumumkan secepat mungkin.
#Twitter
#shah alam
#COVID-19
#kes positif
#ujian saringan
#vaksin
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#IDCC
#Ideal Convention Centre