Petugas media maut motosikal terbabas di lebuh raya

Astro Awani
September 21, 2018 01:40 MYT
Keadaan motosikal Yuhana yang terbabas di Kilometer 402 Lebuhraya Utara Selatan. -Astro AWANI
Seorang petugas stesen televisyen swasta maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 402 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Tanjung Malim menghala ke ibu negara.
Kejadian dilaporkan berlaku kira kira jam 12.30 pagi tadi.
Menurut saksi, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 di lorong paling kanan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.
Impak pelanggaran menyebabkan mangsa terpelanting sejauh beberapa meter.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Yuhana Md Noh, 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.
#Honda FS150 #kemalangan #Kilometer 402 #Lebuhraya Utara Selatan #PLUS #Tanjung Malim #Yuhana Md Noh