Petugas Malindo cedera troli disambar petir
Bernama
November 11, 2016 13:36 MYT
November 11, 2016 13:36 MYT
Seorang petugas Malindo Air cedera apabila troli bagasi yang sedang dikendalikannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, disambar petir pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata kejadian berlaku pada 3 petang sebelum hujan lebat.
"Setelah diberi rawatan, keadaannya kini stabil," kata beliau apabila dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang kecederaan lelaki itu.
Lelaki berkenaan difahamkan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut. - BERNAMA