KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan petugas kesihatan agar tidak menakutkan-nakutkan golongan ibu hamil berhubung pengambilan vaksin COVID-19.
Sebaliknya, golongan berisiko itu perlu terus disarankan untuk mengambil vaksin yang terbukti berkesan dan selamat bagi mencegah jangkitan virus itu.
"KKM menyeru semua ibu hami daftar dan ambil vaksin sebab pengambilan vaksin ketika hamil adalah terbukti berkesan dan selamat bagi mencegah ibu hamil daripada jangkitan COVID-19.
"Kepada petugas kesihatan yang menakut-nakutkan ibu hamil, kita sarankan perkara ini tidak harus berlaku. Ibu hamil kita panggil ke depan untuk mendapatkan vaksin," katanya dalam Sidang Media Khas KKM di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam masa sama, selain mengambil vaksin, ibu hamil diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta kekal berada di rumah jika tiada urusan penting di luar.
Sehingga 8 Ogos 2021, seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar di MySejahtera untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
Daripada jumlah itu, 83,251 orang atau 57 peratus telah menerima satu dos vaksin dan 20 peratus ibu hamil telah lengkap dua dos vaksinasi.
Berdasarkan statistik, 3,396 kes jangkitan COVID-19 melibatkan ibu hamil direkodkan dalam negara sejak Mac 2020.
"Kita anggarkan 200 kes jangkitan sebulan, tetapi ia meningkat lagi pada Mei 2021 kepada 850 kes dan Jun 2021 dengan 899 kes," ujarnya.
Ibu hamil yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pula meningkat 3 peratus pada 10 Julai 2021 kepada 5.3 peratus pada 7 Ogos lalu.
"Tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 dilaporkan pada tahun 2020. Namun, sehingga 9 Ogos 2021, 70 kes kematian ibu hamil dilaporkan.
"Peningkatan kes kematian banyak berlaku sejak Jun 2021 iaitu 17 kes. 47 peratus daripada kematian mempunyai penyakit lain iaitu komobid," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Fri Aug 13 2021
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengingatkan petugas kesihatan terlibat agar tidak menakutkan-nakutkan golongan ibu hamil berhubung pengambilan vaksin COVID-19. - Gambar hiasan
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.