Petugas bendung COVID-19 layak diberi zakat - Mufti Perlis

Bernama
Mac 17, 2020 18:45 MYT
Mohd Asri berpendapat petugas beragama Islam yang bertungkus-lumus menyelamatkan rakyat dan membantu negara menangani wabak COVID-19, layak diberikan zakat. Gambar BERNAMA.
Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berpendapat petugas beragama Islam yang bertungkus-lumus menyelamatkan rakyat dan membantu negara menangani wabak COVID-19, layak diberikan zakat 'fi sabilillah' atau berjuang pada jalan Allah.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pihak lain yang terlibat telah mempertaruhkan nyawa mereka, justeru layak digelar sebagai mujahidin yang berjihad pada jalan Allah.
"Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan rakyat dan negara. Mudah-mudahan bagi mereka pahala jihad.
"Saya berpendapat mereka layak diberikan peruntukan zakat 'fi sabilillah' atas tugasan mereka," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Mohd Asri berkata langkah ini mungkin boleh menampung keperluan petugas terbabit dan menguatkan lagi semangat mereka. -BERNAMA
BACA: COVID-19: Elaun khas RM400 pembakar semangat kepada petugas kesihatan
BACA: Kebajikan, keselamatan penjawat awam perlu dijaga - Cuepacs
BACA: COVID-19: KKM tambah 830 jururawat - Menteri Kesihatan
#COVID-19 #cuepacs #Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin #jihad #Kementerian Kesihatan #Mufti Perlis #mujahidin #penjawat awam #Perlis
;