Petugas barisan hadapan bakal terima bubur lambuk air tangan Sultan Johor
Bernama
April 23, 2020 06:09 MYT
April 23, 2020 06:09 MYT
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis bertitah baginda akan memasak sendiri bubur lambuk untuk diedarkan kepada para petugas barisan hadapan, sempena Ramadan.
Menerusi hantaran dan gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah juadah berkenaan akan diedarkan termasuk kepada mereka yang bertugas dalam sekatan jalan raya.
"Hari ini, saya membuat 'dry run' memasak bubur lambuk. Insya-Allah pada Ramadan ini, kita akan edarkannya kepada pasukan petugas barisan hadapan dan juga mereka yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di beberapa lokasi.
"Saya sendiri akan memasak bubur lambuk ini, insya-Allah juga rasanya pasti akan sedap," titah Sultan Ibrahim menerusi Royal Press Office, seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook berkenaan, malam tadi.
Menurut hantaran terbabit, Sultan Ibrahim meluangkan masa selama hampir sejam memasak bubur lambuk pada Khamis di Istana Pasir Pelangi, di sini.
Berangkat sama, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
-- BERNAMA
#barisan hadapan
#bubur lambuk
#dry run
#Facebook
#Istana Pasir Pelangi
#petugas
#Ramadan
#Sekatan Jalan Raya
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor