Petronas temui minyak di telaga eksplorasi Dokong-1

Reuters
Februari 24, 2021 10:28 MYT
Penemuan minyak bebas pencemaran di Dokong-1, di perairan cetek Baram berhampiran pantai Sarawak. - REUTERS
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd, atau Petronas, pada Rabu mengumumkan menemui minyak dari telaga eksplorasi Dokong-1 dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Blok SK417.
Penemuan minyak bebas pencemaran di Dokong-1, di perairan cetek Baram berhampiran pantai Sarawak.
"Ini juga membuktikan terdapat banyak lagi sumber minyak di kawasan itu," kata Petronas dalam satu kenyataan.
Telaga tersebut berjaya digerudi hingga mencecah kedalaman 3,810 meter (12,500 kaki) pada pertengahan Januari 2021.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata, firma itu dan pihak PSC sedang melakukan penilaian lebih lanjut berkaitan penemuan tersebut.
PTTEP HK Offshore Limited adalah pengendali blok tersebut, dengan 80% kepentingan, sementara baki kepentingan dipegang unit Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd.
#Petronas #minyak #tenaga #Dokong-1
;