Petronas Dagangan CEO dilantik jadi Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM

Ibrahim Sani
September 10, 2018 18:11 MYT
Pelantikan Datuk Seri Syed Zainal menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM berkuatkuasa Julai 2018 / Filepic
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu.
Pelantikan itu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai Julai 2018.
Syed Zainal pernah melibatkan diri sebagai anggota panel penasihat industri bagi beberapa universiti awam dan swasta. Selain itu beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Anugerah Akedemik Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syed Zainal yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Kejuruteraan daripada University of Maryland, Amerika Syarikat, antara lain pernah menerajui Kumpulan Proton Holdings Bhd dan Perodua Auto Corporation Sdn Bhd.
Syed Zainal menggantikan Tan Sri Dr. Ahmad Zaidee Laidin yang memegang jawatan itu dari Julai 2015 hingga Julai 2018.
KONTROVERSI UIAM
Minggu lepas, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengundang kontroversi yang hangat apabila beliau dilantik menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Isu itu telah mendapat pelbagai pendapat tetapi pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM tetap dipertahankan.
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa pelantikan itu masih dikaji.
#KDNK #Kementerian Pendidikan #Mahathir Mohamad #Malaysia #MARA #Maszlee Malik #pendidikan #Perodua #Petronas #Proton #UiTM
;