Petrol percuma untuk penunggang motosikal di Kepong esok

Bernama
Jun 2, 2019 17:49 MYT
Pengisian petrol percuma itu tertakluk kepada motosikal di bawah 1500cc sahaja. -Gambar fail
Penunggang motosikal di sekitar ibu kota boleh mendapatkan pengisian petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong di sini, bermula 12 tengah hari hingga 4 petang, esok.
Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam kenyataan hari ini, berkata program itu diadakan dengan kerjasama Parti Amanah Negara (Amanah) Kepong, dalam usaha menghargai penduduk di kawasan itu untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.
Sementara itu, Ketua Penaja Amanah Kepong Datuk Mohd Noor Ali Bakar berkata pengisian petrol percuma itu tertakluk kepada motosikal di bawah 1500cc sahaja.
"Program ini kita lebih fokus kepada golongan B40 sebagai tanda terima kasih menjadi masyarkat Kepong dan kita berharap pemberian minyak petrol ini dapat meringankan beban mereka dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Syawal," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Noor berkata program tersebut merupakan kesinambungan daripada kejayaan program pengisian petrol percuma yang diberikan kepada hampir 300 penghantar makanan bermotosikal pada bulan lepas.
-- BERNAMA
#bawah 1500cc #Hari Raya Aidilfitri #Lim Lip Eng #Mohd Noor Ali Bakar #Parti Amanah Negara #penghantar makanan bermotosikal #pengisian petrol secara percuma #Stesen Minyak Caltex
;