Petisyen selamatkan SMK Convent Bukit Nanas

Azyyati Ahmad
April 20, 2021 11:41 MYT
Satu petisyen diwujudkan bagi menyelamatkan tanah sekolah itu yang menurut beberapa pihak sewajarnya diwartakan sebagai tapak warisan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ramai meluahkan rasa sedih dan tidak kurang juga tidak puas hati apabila keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN).
Malah, semalam juga berlangsung permohonan semakan kehakiman CBN untuk mencabar keputusan kerajaan itu yang didengar oleh Mahkamah Tinggi.
Di media sosial, satu petisyen diwujudkan bagi menyelamatkan tanah sekolah itu yang menurut beberapa pihak sewajarnya diwartakan sebagai tapak warisan sejak dari dahulu lagi bersama sekolah Victoria Institute.
Petisyen ini juga susulan kebimbangan alumni CBN, para pelajar, guru dan ibu bapa yang khuatir dengan berita pajakan tanah sekolah yang akan berakhir pada September 2021 yang belum diperbaharui oleh jabatan Tanah dan Galian.
Semakan kehakiman terhadap keputusan itu berlangsung pada 19 April dan sekolah diberi cuti sementara dengan perbicaraan berikutnya dijadualkan pada 4 Mei 2021.
Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, CBN telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dan merupakan simbol pendidikan buat wanita.
“Sekolah seperti CBN memantapkan watak dan kepelbagaian sistem pendidikan Malaysia. Kita akan menjadi jauh lebih buruk tanpa mereka.
“Membiarkan CBN pergi memberi isyarat bahawa pemerintah tidak menghargai pendidikan, terutama pendidikan kepada wanita,”katanya dalam satu hantaran di dalam Twitter.

1. Thread: Save CBN The Federal Government must intervene to extend the land lease for the historic, 120-year-old SMK Convent Bukit Nanas. SMK Convent Bukit Nanas is an iconic Kuala Lumpur and Malaysian school

— Nik Nazmi (@niknazmi) April 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitu juga dengan #SaveCBN yang hebat dilaungkan oleh rakyat di sosial media yang rata-rata berharap sekolah itu tidak dimusnahkan untuk tujuan pembangunan.

Its more than just a school. If you study its history and heritage, youd know. We dont need new shiny buildings. We need to preserve our stories. #SaveCBN https://t.co/u751gXCO7q

— hanan syahmi (@hananthecat) April 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Every girl who went to #CBN knows how truly special the institution is to their upbringing. Full of memories and lots of laughter (sometimes not so good ones with tears too aha). Lifelong friends. Proud alumni.#SaveCBN. Sign the petition https://t.co/5VktPcLCui

— Jasmin (@JasminIrisha) April 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Convent Bukit Nanas, yang terkenal dengan nama CBN, ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1899.
Ia ditubuhkan hanya lima tahun selepas Victoria Institution dan merupakan salah satu sekolah tertua di negara ini.
#Nik Nazmi #Twitter #wanita #pelajar #Kuala Lumpur #CBN
;