Petisyen bebaskan Ain Husniza daripada tuntutan mahkamah dimulakan

Rahimah Abdullah
Ogos 6, 2021 22:59 MYT
Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai tanda sokongan kepada pelajar berkenaan. - Gambar/ change.org
KUALA LUMPUR: Satu petisyen kepada kerajaan dimulakan di platform media sosial change.org sebagai usaha membebaskan pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam daripada tuntutan mahkamah sebanyak RM1 juta yang difailkan seorang guru sekolahnya bersabit isu gurauan rogol.
Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai tanda sokongan kepada pelajar berkenaan.
Setakat jam 10 malam tadi, lebih 110,000 orang menandatangani petisyen sokongan itu.
BACA: Ain Husniza terima notis tuntutan 'fitnah' RM1 juta
BACA: Bapa Ain Husniza rancang saman balas RM5 juta terhadap guru
Ain Husniza yang sebelum ini tular kerana mendedahkan gurauan berkaitan rogol didakwa dilakukan oleh guru sekolahnya di aplikasi media sosial TikTok, mengakui telah menerima notis tuntutan berjumlah RM1 juta.
Kata Ain Husniza, dia dituntut untuk membayar jumlah berkenaan dalam tempoh tujuh hari sebagai ganti rugi kenyataan yang telah dibuat olehnya terhadap guru terbabit.
#Ain Husniza #gurauan lucah #rogol #saman #guru #petisyen #kerajaan malaysia #tuntutan mahkamah #saman sivil #fitnah
;