Petikan dialog filem 'Paskal' menjadi status terakhir Adnan Othman

Eka Roslee
Oktober 4, 2018 22:16 MYT
Adnan Othman, antara ahli pasukan penyelamat yang terkorban bersama lima lagi anggota bomba dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) - Astro AWANI
Pilihan terakhir kita ini ibarat ranting kayu yang banyak cabang, dalam setiap cabang itu masih ada lagi cabang-cabang yang akan tunggu masa bila ia akan mati. Apa pilihan kita? TIADA..Yang pasti tetap mati..
Itu status terakhir yang dimuat naik dalam laman Facebook salah seorang wira yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), Adnan Othman, 33, semalam sebelum terkorban dalam misi menyelamat tersebut.
Status yang dipetik dari dialog filem Paskal menggambarkan tugasan seorang anggota penyelamat yang sentiasa berhadapan dengan risiko ketika menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat dan negara dimuat naik dalam laman Facebook peribadinya, Adnan Othman Tokey Gula.
Pasukan bomba dan penyelamat bergegas setelah menerima laporan tentang seorang remaja lemas di lombong tasik ketika memancing sebelum mereka terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) akibat terperangkap dalam pusaran air yang deras.
Jenazah Allahyarham bersama lima lagi anggota bomba yang terkorban dalam misi menyelamat semalam dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.
#bomba #filem #jenazah #lemas #maut #operasi #rakyat #wira
;