Peter Chin yakin Sebastian Ting layak ganti tempatnya
Khairunnisa Kasnoon
Mac 27, 2013 07:15 MYT
Mac 27, 2013 07:15 MYT
Ahli Parlimen Miri, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yakin, setiausaha politiknya akan tersenarai sebagai calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi kerusi P-219, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Jelasnya, kredibiliti yang dimikili Datuk Sebastian Ting Chiew Yew bertepatan dan layak menjadi wakil rakyat, untuk menggantikan tempat beliau.
Pengalaman lapan tahun menjawat jawatan setiausaha politik dilihat satu kelebihan buat Sebastian Ting dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Miri.
Peter Chin juga optimis, pengaruh Sebastian sebagai pengerusi SUPP Piasau juga mengukuhkan lagi faktor pemilihan beliau sebagai calon.
Sebastian Ting diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu untuk menjadi calon Ahli Parlimen Miri menggantikan beliau selepas enam penggal memegang jawatan tersebut.