NIBONG TEBAL: Golongan petani khususnya pesawah padi tidak akan terkesan dengan langkah penyasaran subsidi diesel kerana mereka layak menerima subsidi berkenaan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Mengakui wujud kekeliruan berhubung pemberian subsidi diesel dalam kalangan petani, beliau berkata pihaknya akan turun padang memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
"Subsidi diesel sedang berjalan, semua penanam padi yang menggunakan diesel diberikan subsidi... pendaftaran sedang berjalan, saya yakin kekeliruan dan salah faham ini akan berlaku dalam masa sebulan dua ini sahaja," katanya di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas program libat urus bersama pemimpin peladang Pulau Pinang sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Tasek di sini.
Beliau menjelaskan penyasaran subsidi diesel itu bukan bermaksud subsidi ditarik balik sebaliknya ia diberikan secara bersasar kepada golongan yang layak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan untuk memastikan diesel tidak diberi kepada golongan maha kaya dan orang asing.
Sementara itu Mohamad berkata sesi libat urus berkenaan antara komitmen Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara untuk lebih berdaya tahan dan mampan.
Beliau berkata pada tahun ini, KPKM telah memperuntukkan RM3.2 juta merangkumi lima projek sambungan untuk Pulau Pinang melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
"Peruntukan pembangunan di bawah LPP itu memberi manfaat kepada enam Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh Pulau Pinang dan Pertubuhan Peladang Pulau Pinang yang melibatkan 20,301 ahli peladang," katanya.
Beliau berharap bajet pembangunan itu akan menyuntik semangat petani dan peladang di Pulau Pinang untuk terus memainkan peranan proaktif dalam merencanakan industri pertanian dan agromakanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

MOHAMAD: Subsidi diesel sedang berjalan, semua penanam padi yang menggunakan diesel diberikan subsidi... pendaftaran sedang berjalan, saya yakin kekeliruan dan salah faham ini akan berlaku dalam masa sebulan dua ini sahaja. -Gambar fail/Sinar Harian

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu
Malaysia perlu memastikan supaya ASEAN kekal teguh dalam mempertahankan hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan serantau.

Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.

Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.

Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau yakin dapat menyelesaikan isu ini dalam masa tiga bulan tanpa gangguan dari kementerian dan agensi lain.

Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.

Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.