Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serah watikah pelantikan kepada Presiden Sri Lanka

Bernama
Februari 3, 2023 12:23 MYT
Badli Hisham (dua, kiri) dan isteri ketika hadir pada majlis penyerahan watikah pelantikan kepada Wickremesinghe (tengah) di Istana Presiden di Kandy pada Khamis. - Foto High Commission of Malaysia in Colombo, Sri Lanka
NEW DELHI: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Badli Hisham Adam menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Ranil Wickremesinghe di Istana Presiden di Kandy pada Khamis.
Badli Hisham adalah antara 17 duta dan pesuruhjaya tinggi yang baharu dilantik ke Sri Lanka yang menyerahkan watikah pelantikan mereka, menurut kenyataan Bahagian Media Presiden.
Menteri Luar Sri Lanka Ali Sabri dan setiausaha Wickremesinghe, Saman Ekanayake turut hadir pada majlis itu.
Badli Hisham menyertai Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik Malaysia pada tahun 1996.
Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai menteri kedutaan di Kedutaan Malaysia di Kazakhstan.
Beliau juga pernah berkhidmat di Turkiye dan Papua New Guinea.
-- BERNAMA
#Sri Lanka #Badli Hisham Adam #Pesuruhjaya Tinggi #Ranil Wickremesinghe
;