Pesuruhjaya Polis Sarawak dibenarkan discaj, sambung kuarantin di rumah
Astro Awani
April 19, 2020 12:46 MYT
April 19, 2020 12:46 MYT
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS) minggu lalu selepas pulih dari COVID-19.
Aidi ketika dihubungi menjelaskan bagaimanapun beliau perlu terus menjalani kuarantin di rumah sehingga 25 April ini.
"Älhamdulillah keadaan semua baik. Tetapi saya perlu terus menjalani kuarantin di rumah sehingga 25 April ini.
"Pada 25 April ini saya akan ke HUS untuk membuat saringan pemeriksaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Aidi disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan wabak itu pada 7 April itu di HUS.
Selain beliau isterinya dan beberapa kakitangan telah diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19.
#COVID-19
#Datuk Aidi Ismail
#HAPUSCOVID19
#kuarantin
#Kuching
#pemeriksaan COVID19
#Pesuruhjaya Polis Sabah
#positif COVID-19