Pesuruhjaya Pas Terengganu, Husain Awang positif COVID-19
Astro Awani
Januari 23, 2021 21:39 MYT
Januari 23, 2021 21:39 MYT
KUALA TERENGGANU : Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.
Beliau yang berusia 75 tahun kini ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.
Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata Husain dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala.
Muhyidin turut memohon orang ramai supaya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Husain.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said Serta Isterinya Toh Puan Seri Norliza Mahmud juga didapati positif COVID-19.
Pasangan itu telah ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.
#Pesuruhjaya Pas Terengganu
#husain awang
#positif COVID-19
#COVID-19
#Hospital Setiu
#Muhyidin Abdul Rashid