Peserta LiSUS dipanah petir maut

Astro Awani
Oktober 18, 2018 15:19 MYT
Faizal Ali meninggal dunia jam 11.02 pagi tadi selepas lima hari dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU) PPUKM.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan seorang peserta Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) bagi acara futsal yang dipanah petir minggu lalu, telah meninggal dunia.
Faizal Ali, 41 tahun, yang sebelum ini berada dalam keadaan kritikal, meninggal dunia jam 11.02 pagi tadi, menurut satu kenyataan KBS di Twitter.
Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM) untuk menerima rawatan selepas dipanah petir sewaktu mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada 13 Oktober lalu.
KBS akan mengambil tindakan selanjutnya bersama-sama keluarga bagi urusan penghantaran pulang jenazah untuk dikebumikan di Tawau, Sabah.

KENYATAAN MEDIA Berhubung Insiden Peserta Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Yang Dipanah Petir pic.twitter.com/69MLBSwr7s

— KBS (@KBSMalaysia) October 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cheras #ICU #KBS #Liga Sukan Untuk Semua #meninggal dunia #perubatan #Twitter
;