Pesawat TUDM Hawk 108: PM seru doakan keselamatan

T K Letchumy Tamboo
Jun 15, 2017 06:15 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru Rakyat Malaysia untuk mendoakan keselamatan pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 yang dikhuatiri hilang di utara Kuantan dan di persempadanan Terengganu dari Pahang jam 11.30 pagi tadi.

Dalam satu pos Twitternya, Najib berkata beliau maklum mengenai situasi tersebut dan mengesahkan bahawa operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan.

Maklum mngenai pesawat @airforcenextgen yg dilapor terputus hubungan. Operasi mencari & menyelamat tlh dimulakan, sama2 kita doakan selamat

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesawat itu dilaporkan telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan 30 minit selepas itu.
#Najib Razak #TUDM