Pesawat terhempas Elmina: Fokus pencarian adalah untuk mencari baki mayat terlebih dahulu - KPN
Fahmi Izuddin
Ogos 17, 2023 22:30 MYT
Ogos 17, 2023 22:30 MYT
SHAH ALAM: Fokus pencarian setakat malam Khamis adalah untuk mencari mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam terlebih dahulu.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pencarian kotak hitam pula akan dilakukan selepas baki empat mayat lagi ditemui.
“Kita cari body (mayat) dulu, after dah banyak recover barulah pihak penyiasatan penerbangan cari dahulu,” ujarnya dalam sidang media di sini pada Khamis malam.
Mengulas lanjut, beliau berkata operasi pencarian mayat akan dilakukan secepat yang mungkin bagi membuka laluan jalan utama .
“Kita sebenarnya nak siap lagi cepat lagi bagus, taknak berkampung di sini, dan taknak tutup jalan. Secepat mungkin kalau boleh,” ujarnya.
Selain itu, beliau berkata bahawa radius kawasan pencarian meliputi satu ekar di sekitar kawasan nahas.
“Buat masa ini, laluan ini memang kita tak bagi masuk, lebih dari satu ekar,” katanya.
Sejumlah enam mayat telah dijumpai dengan satu mayat ditemukan dalam keadaan sempurna, manakala empat lagi dalam keadaan cebisan.
Manakala empat lagi mayat masih dalam proses pencarian.
#pesawat terhempas Elmina
#mayat mangsa nahas
#Ketua Polis Negara Razarudin Husain
#pencarian kotak hitam