Pesawat terhempas di Klang: Proses bedah siasat dilakukan 8 pagi Rabu

Astro Awani
Februari 13, 2024 00:24 MYT
Proses bedah siasat kedua-dua mangsa nahas pesawat ringan di Kampung Tok Muda, Kapar akan dilakukan pada 8 pagi Rabu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat mayat kedua-dua mangsa nahas pesawat ringan di Kampung Tok Muda, Kapar akan dilakukan pada 8 pagi Rabu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan malam ini.
Terdahulu, mayat kedua-dua mangsa telah berjaya dibawa keluar dari bangkai pesawat ringan kira-kira jam 7.55 malam Selasa.
Mayat berkenaan dibawa menaiki trak Polis Diraja Malaysia yang berasingan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman.
Menurut senarai manifest penerbangan, mangsa dikenali sebagai Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42.
Kedua-dua mangsa merupakan ahli kepada kelab penerbangan rekreasi, dan dipercayai Yee sedang melatih Roshaan.
#pesawat ringan terhempas #Klang #kapar #bedah siasat #Kampung Tok Muda
;