Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris
Sinar Harian
Ogos 19, 2023 09:30 MYT
Ogos 19, 2023 09:30 MYT
KLANG: Jenazah salah seorang daripada 10 mangsa terlibat dalam nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam dijangka diserahkan kepada waris hari ini.
Jenazah dikenal pasti sebagai penunggang p-hailing iaitu Muhammad Hafiz Mohd Saleh, 32.
Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa individu dipercayai waris mangsa terlibat dilihat hadir seawal jam 8.20 pagi di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Pada Khamis, sebuah pesawat dari Langkawi menuju ke Subang dilaporkan terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Polis terdahulu mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat jenis jet peribadi yang terhempas kira-kira jam 2.40 petang. - Sinar Harian