Pesawat terhempas di Elmina: Isteri ADUN Pelangai hadir ke HTAR

Sinar Harian
Ogos 19, 2023 12:47 MYT
Datin Seri Maziah Samsudin (tengah) hadir kira-kira jam 11 pagi menaiki sebuah kenderaan. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam dilihat hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Sabtu.
Datin Seri Maziah Samsudin yang hadir kira-kira jam 11 pagi menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi beberapa individu dilihat memasuki bangunan forensik di sini.
Difahamkan pertemuan turut diadakan bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar untuk makluman terkini berkaitan jenazah suaminya.
Sebelum ini, Hussein memaklumkan proses bedah siasat 10 mangsa telah selesai dijalankan pada Sabtu.
Bagaimanapun katanya, proses pemadanan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) melibatkan 300 cebisan mayat masih dijalankan. - Sinar Harian
#pesawat terhempas #Elmina #isteri Johari #mangsa
;