Pesawat tergelincir dan terbabas di Kudat, seorang disahkan maut
T K Letchumy Tamboo
Oktober 10, 2013 20:13 MYT
Oktober 10, 2013 20:13 MYT
Seorang disahkan maut susulan kejadian sebuah pesawat komersial MASwings' Twin Otter tergelincir dan terbabas di sebuah kampung di Kudat hari ini apabila membuat pendaratan cemas.
Perkara ini disahkan oleh Penerbangan Malaysia (MAS) dalam satu kenyataan.
Kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang dan ketika itu pesawat itu dilaporkan dinaiki oleh 16 penumpang.
Kesemua penumpang berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan.
Tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Berita itu turut tersebar dengan pantas di laman media sosial dan gambar pesawat itu turut dikongsi ramai.