Pesawat Singapore Airlines mendarat cemas di KLIA

Bernama
Jun 21, 2015 21:41 MYT
Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) 425 melakukan pendaratan cemas di KLIA, Sepang dipercayai mengalami masalah teknikal.
Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) 425 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang dipercayai mengalami masalah teknikal.
Jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat jenis Boeing 777-200 yang berlepas dari Mumbai, India pada 8.44 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada 4.44 petang, melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 4.05 petang tadi.
"Pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam laporan awal, pesawat yang dalam penerbangan dari Mumbai ke Singapura dan membawa 190 penumpang itu terpaksa mendarat cemas kerana berlaku kebakaran kecil di bahagian kargo. Sementgara itu, kerja-kerja memindahkan penumpang ke terminal sudah dilakukan.
Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.
#425 #cemas #KLIA #mendarat #Mumbai #SIA #Singapore Airlines
;