Pesawat ringan mendarat cemas di Melaka

Astro Awani
Februari 7, 2013 06:13 MYT
Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Cheng Heights, Melaka pada jam 11.56 pagi Khamis.
Kapal terbang tersebut, kepunyaan Malaysian Flying Academy, Batu Berendam jatuh di lereng Bukit Cheng Heights.
Hanya seorang juruterbang, Devenis Rao yang berumur 20 tahun, berada di dalam pesawat tersebut. Mangsa telah di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Gambar diambil dari laman Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #Melaka #pesawat ringan