Pesawat MAS MH742 ke Yangon berpatah balik ke KLIA, selamat mendarat

Astro Awani
Disember 20, 2015 09:29 MYT
MAB sahkan pesawat MH742 yang dalam perjalanan ke Yangon, berpatah balik dan mendarat dengan selamat pada 3.45 petang tadi di KLIA. - Gambar Hiasan
Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH742 miliknya yang berlepas ke Yangon, Myanmar dari Lapangan Terbangan Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.59 petang tadi, terpaksa membuat pusingan balik ke lapangan terbang berkenaan.
Menurut MAB dalam satu kenyataan, pesawat berkenaan disahkan selamat mendarat di KLIA pada 3.45 petang tadi.
Punca pesawat itu berpatah balik bagaimanapun tidak dimaklumkan.
Penerbangan MH742 yang beroperasi menggunakan pesawat B737-800 itu sepatutnya mendarat di Yangon pada 3.05 petang hari yang sama.
#KLIA #Malaysian Airlines #MAS #mh742 #patah balik